Inilah Doa dan Dzikir Untuk Melembutkan Hati Seseorang Dari Jauh
Cari Berita

Advertisement

Inilah Doa dan Dzikir Untuk Melembutkan Hati Seseorang Dari Jauh

8/8/18
sumber gambar http://mutakhorij-assunniyyah.blogspot.com

Doa adalah amalan yang mulia dan disukai oleh Allah SWT. Muslim yang rajin berdoa dan memohon kepada Allah dalam setiap perkara yang dilakukan, menunjukkan beliau seorang yang yakin kepada kekuasaan Allah dan seorang yang bertaqwa.

Dalam setiap keadaan apa pun, kita digalakkan berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah.

Contohnya sebelum memulakan perjalanan, sebelum makan, sebelum mulakan perniagaan dan usaha, dan banyak lagi.

Seperti yang dilansiri oleh islamidia.com semuanya ada doa khusus yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah dan para sahabat sejak berzaman dahulu. Jadi, amalan doa membuktikan keyakinan kita hanya kepada Allah SWT saja.


Ada satu amalan zikir dan boleh juga dijadikan doa yang boleh melembutkan hati seseorang yang kita sayang.

Ada satu amalan zikir dan boleh juga dijadikan doa yang boleh melembutkan hati seseorang yang kita sayang.

Contohnya doa lembutkan hati anak yang nakal dan malas sholat terutam jika anak tinggal di asrama, doa untuk lembutkan hati suami,


dan doa lembutkan hati kawan-kawan yang bergaduh dan bermasam muka agar lembut hati mereka untuk berbaik semula dan banyak lagi.

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Allahulathiifum bi’ibaadihi yarzuqu mayyasaķ wahuwwal qawiyyul ‘aziim

Artinya:

“Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) terhadap hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (QS. as-Syuraa: 19)

  •     Namanya zikir al lathiif
  •     Dibaca 19 kali dan niatkan agar Allah lembutkan hati mereka yang degil dalam menunaikan  suruhan Allah, jadi hamba yang soleh dan berbaik-baik sesama muslim.
  •     Cara kedua, bacakan zikir al lathiif 19 kali pada air dan beri minum pada anak agar lembut hati mendengar kata dan mudah/terang hati menunaikan ibadah.
Oleh kerana si polan dan sipolan itu jauh, cukup amalkan zikir dan doa tersebut sambil yakin berdoa agar Allah makbulkan doa kita itu.

Diharap perkongsian tentang doa dan zikir melembutkan hati seseorang dari jauh di atas dapat memberikan kita kehidupan yang lebih tenang dan bahagia.